Wednesday, November 24, 2010

Selamat Berpantang dan bergelar ibu

Hari ini baru berkesempatan aku meng 'update' blogku. 
almaklumlah tempoh berpantang banyak yang perlu dibuat hehe mana mau bertungku la berurut la jaga baby lagi bf baby 

inilah cabaran buat diriku yang baru bergelar seorang ibu. 
syukur alhamdulillah setakat ini kesihatan ku baik-baik sahaja
cuma semasa berurut bidan mengatakan yang badanku banyak angin 
memang badanku lenguh2 lepas bersalin hari tu
jahitan caesarean ku pula bertambah baik 
cuma kalau cuaca sejuk tu ada sedikit rasa ngilu 
kenapa ekkk 
ada sesapa tau. luka dalaman belum ok kot? 

so selama 2 minggu ini jadual ku berubah 100% 

6.00 pagi - bf baby Izz
8.00 pagi - mandikan baby Izz (setakat ni mak yang mandikan yer la takut jahitan terbuka)
8.30 pagi - bf baby Izz
9.30 pagi - tido wit baby Izz
11.30 pagi - bf Izz / tukar pampers
1.30 petang - bf Izz 
3.30 petang - bf Izz
5.00 petang - mandikan Izz
5.30 petang - bf Izz
8.30 malam - bf Izz
10.30 malam - bf Izz / tukar pampers
12.30 malam - bf Izz
2.30 pagi - bf Izz
4.00 pagi - bf Izz / tukar pampers

haa ni la lebih kurang jadual skang ehehe penat jangan cerita tapi demi baby Izz akan ku gagahi juga eheh 
biasalah minggu-minggu terawal neh

alhamdulillah setakat ni baby Izz tak ada la meragam sangat cuma kalau pindah rumah tu ada meragam sikit la malam nya 
macam first day pindah rumah dari hospital
satu malam nda dapat tido ngan hubby
sama gak macam first day datang labuan 
malam tu memang berjaga sampai tak tido
penat gilosssss 

oklah sampai cni je celoteh saya kali ni ehehe 
baby Izz dah buat macam-macam jenis bunyi tu 



p/s : macam ni lah mak kita jaga kita dulu. i love u mom..... jasa mu hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu.

Thursday, November 11, 2010

Selamat Datang ke dunia Baby Izz...


Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. 
Terima kasih ya Allah ya Tuhanku kerana telah memberiku anugerah yang tidak ternilai ini. 
Berjuta kesyukuran ku panjatkan ke hadrat ilahi kerana selamat melahirkan 
bayi lelaki ku ini yang bernama Raja Izz ...... Bin Raja Anwar pada 10.11.2010 jam 12.43 tengahari. 
Hehe nama penuh belum confirm lagi. Tapi masa dalam kandungan selalu panggil baby dengan nama
 'Baby Izz' 
so tunggu aja la nama penuh my lil boy tu yer.


Terima kasih tidak terhingga ku ucapkan kepada suami terchenta kerana tidak putus-putus memberikan semangat sebelum , semasa dan selepas kelahiran Izz. 
Terima kasih kerana sanggup menahan karenah ku yang bermacam ragam selama 9 bulan 3 hari mengandungkan Izz
Terima kasih kerana sentiasa menemani aku bertemu doktor selama 9 bulan ini
Jutaan terima kasih kerana sentiasa berada di sisi semasa pembedahan dilakukan dengan perasaan takutku, panikku dan gemuruhku tetapi kau sentiasa tenang dan setia memberikan kata-kata yang memberi ku semangat dan kekuatan serta ketenangan semasa melahirkan baby Izz
Terima kasih atas perasaan mu yang sangat gembira hingga sebak tatkala mendengar bunyi tangisan Izz buat pertama kali sehingga membuatkan aku merasa sangat indah melahirkan Izz walaupun dalam kesengsaraan

TERIMA KASIH SUAMIKU! 

Tuesday, November 09, 2010

40 minggu 3 hari

Salam all

erm lama gila tidak menjenguk blog ku ini ehehe bukan apa lupa password dowh~~ eheh 
ni mau update sket perkembangan kandungan ku yang kini telah over due huhuh 3 hari dah neh. baby ni masi belum nak tengok dunia kot syok sgt duduk dalam perut mama dia. 

anyway apa-apa pun last checkup masa sabtu lepas dr kata baby ok. begitu juga dengan ibunya. so dr bagi masa seminggu lagi. tapi tadi checkup dengan dr. siap kena seluk kat bawah tut... bukaan langsung tiada. ketat semacam ehehe patut tengok muka dr berkerut jek masa nak seluk tangan kat dalam tu ketat sangat heheh erm then hasil scan pla air ketuban dah semakin kurang tapi condition baby semua still ok. cuma kurang sket jek air ketuban tuwh. hasil dari perbincangan mama n hubby serta doktor baby akan dikeluarkan secara 
operate
huhuh sedih pun ada jugak ye la operate kan kita kalau boleh mau beranak normal tapi redha dengan takdir kerana Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu. Saya berserah hanya kepadaNya. lagipun tak sabar sudah mau tengok baby ku ini. 
harap-harap semua berjalan lancar esok. korang doakan lah saya yer dipermudahkan segalanya.
amin...

ok rasanya sampai sini aja la cerita saya
bubye.....

Tuesday, October 19, 2010

checkup minggu ke 36 5 hari

kali ni nak update pasal checkup untuk minggu yang ke 36 5 hari jumaat minggu lepas. 

kali ni macam ada rombongan plak. ada mama kiter. ada macek kiter. and last hubby kiter. yang neh wajib neh. eheh masa tuh appoinment jam 945 pagi. sampai2 jer dekat SMC tuh fuh byk gilos keta. tak da parking lar. so kitorang yang pompuan2 nieh kuar la dulu nanti terlepas pla appoinment kan. 

so macam biasa la, register dulu then cek air kencing, timbang berat, timbang apa yang patut. yey naik 1kg lagi. ehehe ok la tuh. aku ni dah la kocik. naik 1kg ajer pun dah gembira bagai hehe. korang percaya tak selama aku preg ni berat badan aku naik dalam 5kg-6kg saja. slimmmm tu. hek hek. syukur lah selama preg ni tak ada sangat komplikasi. tekanan darah dalam 100/60. hb pun ok. air ketuban cukup. kedudukan baby pun dah di tempatnya. alhamdulillah harap-harap masa bersalin nanti mudah lah hendaknya. amin.

Thummassabila yassaroh
Maksudnya "Kemudian jalannya dimudahkan"

Doa ni aku dapat dari internet juga. Untuk memudahkan proses bersalin. Insya Allah. ok so tetiba nama aku dipanggil. "Norhanas Lamit". Masuklah kami macam rombongan cik kiah ke dalam bilik gynea aku tu. Dr Helen terkejut bila ramai-ramai masuk ehehe so aku perkenalkan la sorang-sorang kat dia. Excited ni mau bawa mama jumpa Dr Helen. So macam biasa dr tu cek tekanan darah aku. tanya macamana rasa perut. baby ada tendang ke rasa sakit ke. Then dr suruh baring kat katil nak scan perut cek keadaan baby. Sekarang ni diameter kepala baby dah 8cm lebih. Tulang kaki dan tangan baby semua makin membesar. Berat baby pun dah naik 2.2kg. Last scan arituh 1.5kg ajer. Cepatnya baby ni membesar. Baru 3 minggu last scan arituh. Harap-harap baby tak lah besar sangat nanti masa nak keluar. Ok sayang. Kecik-kecik ajer k dalam perut. Nanti kat luar mama bagi besar k ehehe. Mama dia kecik so baby nanti kena la kecik kan. Masa scan tu mama n macek tengok skali. Dengar degupan jantung baby terus rasa best gilosss eheh sihat baby mama ni kan. Mama macam2 tanya kat dr. eheh mama tanya mana uri dia. mana kaki dia. mana tangan dia. mana muka dia. wah mama macam reporter pla. ehehe itu lah mama ku. memang peramah gila. 

So setakat ni alhamdulillah semua berjalan lancar. Aku ada juga tanya kat dr, kebelakangan ni perut selalu mengeras. Dr cakap biasa lah tu. Akhir-akhir minggu memang macam tu. Yang penting baby kat dalam tu aktif. 

Memang dua tiga menjak ni selalu sangat perut mengeras tak kira waktu. Sakit-sakit pinggang jangan cakap la. Bayangkan masa baring kat katil hari tu boleh terkejut terus terbangun sakit pinggang punya pasal. Sakit wooo. Macam tu la kot sakit-sakit nak beranak ni kan. Akan ku hadapi dengan tenang insya Allah. Walau apapun kita kena positif kan minda kan. baru lah baby pun stabil emosi masa lahir nanti. 

Oklah rasanya sampai ni sahaja update pasal checkup prenancy saya kali ni. Dr suruh jumpa sabtu ni lagi. Sekarang ni seminggu sekali buat check up. Yerlah tunggu harilah katakan. 

tengah khusyuk mendengar, en hubby menyempat hihi


p/s : Erm hari-hari aku terpikir, aku nak bersalin dah ka ni. Aku bersalin awal ker lambat yer. Hari-hari ayat ni bermain dalam fikiran.

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011 : 90 hari cuti bersalin

Seronoknya cuti bersalin 90 hari 
Tambah seronok kalau dilaksanakan bulan ni dan tahun ni boleh lah saya bercuti 3 bulan insya Allah dijangka bersalin awal bulan November ni. Tapi kalau ikut logik boleh kan kalau pun ia dikuatkuasakan mulai tahun depan. Dijangka tarikh bersalin jatuh pada November ini. Harap-harap dapatlah cuti bersalin 3 bulan.
InsyaAllah..

ok lah da nak balik ni hubby da bising. selamat bergembira dengan bajet 2011 (walaupun kemungkinan besar bonus 2 bulan tidak dapat..)

Wednesday, October 13, 2010

Irama yang menenangkan jiwa




Maher Zain

Kali ni kita crita pasal penyanyi yang berasal dari Lubnan kalau tidak silap. Betulkan saya ya kalau silap. Takut nih nanti para peminat Maher marah neh ehehe. Korang mesti dah dengar kan lagu-lagu Maher ni. Kalau yang tak pernah dengar saya nak bagitau memang best lagu dia. Setakat ni saya baru dengar dalam 4-5 lagu dia. Semua pun superb! Dah lah lirik mendekatkan diri kita kepadaNYA Maha Pencipta. Irama nya pun sangat menenangkan jiwa. Insya Allah masa nak bersalin nanti dengar lagu dia. Harap-harap dapatlah kurangkan sikit kesakitan semasa bersalin nanti. Hubby dah pun dapatkan semua lagu-lagu Maher Zain ni. Pasnih nak letak dalam hp. So boleh lah dengar bila-bila masa. Baby pun boleh dengar sekali kan kan baby. Insya Allah.

Kat bawah ada video clip dia saya ambik dari youtube. Enjoy listening the rhytm & lyrics.
So touching.



Lirik dia sekali neh

INSYAALLAH
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astraYou’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Sunday, October 10, 2010

Mendungnya hari

Emosi pada hari ini sangat down. Sejak kebelakangan ni diri dilanda musim hujan sahaja. Adakah mungkin pembawaan hamil 8 bulan? 

Kadang-kadang perkara kecil pun aku boleh jadi sensitif? Kesian pula baby dalam perut ni. Tu yang tak ikut kata hati sangat. Aku cuba ceriakan n happykan diri untuk baby dalam perut neh. Mama tak boleh ikut perasaan kan baby. Erm minggu ni parent datang dari labuan. Bestnya. Lama x jumpa dorang. Rindu sangat2.... :`( . Maklumlah tinggal berjauhan ehehe walaupun tak la sejauh mana. Labuan - KK aja pun ehehe. Makcik pun ikut sekali. Adik bongsu mama. Ucu alut kitorang panggil dia. ehehe kononnya mau melarikan diri dari kawan-kawan dia yang ingin membuat dajal a.k.a membaling telur, melempar tepung dan sebagainya di sempena harijadi nya pada 17hb nanti. naaaaa jaga la ucu. d kk pun nda terlepas ni hihi. tunggu..... 

ok lah berbalik pada cerita kita tadi. emosi yang down di hari2 yang semakin dekat untuk berjumpa dengan my baby. sungguh tak best la. dah la simptom-simptom sakit belakang ku mula menyerang ku dengan kuatnya. tido ku yang tidak lena. selalu betul terbangun tengah-tengah malam. kebelakangan ini pulak sakit pinggang seperti period pain yang dasyat. nasib baik sekejap-sekejap. itu kah yang dinamakan false alarm? kontraksi palsu? macam tu la kot rasanya sakit masa bersalin. woooo dasyat nya huh. harap-harap dipermudahkan diriku bersalin. amin. perut ku pula mengeras sentiasa tidak mengira siang atau malam. sebenarnya baby tengah buat apa ya kat dalam perut ku itu? menggeliat kah? menendang kah? konpius pla kenapa perut ni keras2. macam ni lah perasaaan ibu ku semasa mengandungkan diri ku. aku sayang mama sangat-sangat.

Love u mama! 

oklah rasanya sampai setakat ni aja coretan buat kali ini. Rasa sakit belakang mula menyerang. Aku ingin berehat kejap.

tata titi tutu



Saturday, October 09, 2010

36 minggu

Hari ni dah masuk minggu ke 36. Jom kita lihat perkembangan bayi 36 minggu



Minggu ke 36:
Mulai dari minggu ini bayi sudah mempunyai ukuran dan kematangan yang siap untuk lahir. Jika bayi lahir pada minggu ini bayi lahir premature tetapi akan bayi akan baik saja.
Pada bulan terakhir kehamilan ini bayi akan mendapat antibody dari ibunya, seperti campak. Lemak akan terus bertambah dibawah kulit bayi setiap hari. 





Wednesday, September 29, 2010

persediaan bersalin part 1 (Updated)

hye all 
kali ni saya ingin bercerita mengenai persediaan bersalin ehehe masuk 34 minggu ni rasanya semua ibu-ibu yang bakal melahirkan anak tu mesti dah prepare semua kan. dari baju bayi sampai lah baju ibunya sendiri. 

macam saya. baju-baju baby dah beli gak sket2. cuma rasanya ada lagi nak beli ni baju lubang2 dan baju overall untuk baby. tgl tu ja la rasanya untuk baju baby. yang paling penting nak beli tuala mandi , tuala muka dan alat-alat mandian baby. langsung tak beli lagi ni. mana la tau terberanak awal nayaaa ooo ehehe 
oleh itu, plan sabtu ni nak beli semua benda yang belum lengkap. so lepas tu tak la asyik pk benda apa nak beli. boleh buat kerja setenang-tenangnya dan berehat sepuas-puasnya. due date pun awal bulan november nanti. sempat lagi kan. 
oooo hampir daku terlupa diapers untuk baby pun belum beli dowh. beli skali la kan sabtu ne. tak la nanti last minute kan. 

sebenarnya skang ni tgh dalam dilema nak beli breast pump awal2 ni ker tidak yer erm susah benar nak decide. ye la kalau beli awal nanti takut membazir pla. kalau beli lewat nanti takut plak breast bengkak dengan mendadak lepas bersalin hurmmm nak wat camana yer. ada idea tak? dah lah nak beli yang mahal nih. yer la dengar review orang pump brand madela tu bagus dan senang nak guna kan. lebih-lebih lagi untuk mom yang bekerja ni. dua bulan ja dapat cuti. tunggula nanti kalau terbeli awal. awal la jawabnya kalau terbeli lewat lewat la jawabnya ehehe memang tak bole decide lar weh. pening pla nanti pala ni. kan dah jadi satu hal plak kang. ehehhe 

oklah kat bawah ni checklist untuk saya dan my baby

UNTUK BABY
Pakaian (new born + 0-3 bulan)
-baju lengan panjang : 2
-baju lengan pendek : 2
-baju berlubang ;p : 2
-romper
-seluar panjang : 2
-seluar pendek : 2
-sarung tangan : 3
-sarung kaki : 3
-topi : 2
-barut : 5
-bedung : 2

Lampin (semua pun belum beli lagi)
-lampin + pin
-lampin newborn pakai buang (drypers nb)
-tisu basah
-krim ruam lampin  Pureen ok tak?

penjagaan bayi
-tuala mandi
-tuala muka
-sabun bayi
-syampu bayi
-besen mandian
-losen
-bedak *tak payah beli coz nanti idung baby masuk habuk
-minyak bayi
-minyak angin yuyie @ nonaroguy dah beli minyak herbanika dari nona roguy
-sikat
-pemotong kuku
-putik kapas
-bebola kapas
-tikar bgetah *nih penting ker ar ermm

Tidur
-bantal kepala *papa janji mau belikan bantal lagi kan latexxx punyerr
-bantal peluk
-tilam
-selimut
-kelambu


Lain2 (beli lewat pun tak apa kan)
-kabinet baju baby
-mainan baby
-stroller
-car seat

CHECKLIST UNTUK IBU
-botol susu Avent
-pam susu spectra 7 dah try dah :) best
-berus botol susu
-pad payu dara
-Coli menyusu

-bantal menyusu
-seluar dalam pakai buang
-tuala wanita
-set bersalin (bengkung) *nona roguy? ammway? leesa?
-jamu
-Dettol utk cuci luka
-Jeli gamat @ pati ikan haruan
-stokin
-baju untuk menyusu baby
-beg


wah byk lagi la nak di beli. tak pa. beli2 sikit2 kan. kalau tak sempat beli aja online. sampai terus ke rumah. ehehe online pun byk gak best kan. dah lah murah. hurm cuma takut kalau barangan dia tak berkualiti. yer la kita tak tengok pun dengan real. just tgk gambar. menarik gambar nya maka mudah lah para ibu tertarik untuk membeli. ini my opinion sahaja. eheh

oklah kita jumpa lain kali k. tgk apa yang sempat di beli sabtu ni. :)

sambungan...


yey akhirnya dah beli dah semuanya yang lain2 tu nanti la. yang penting lagi skarang ni tengah dalam dilema nak beli set bersalin pula. mama cakap time dia dulu pakai jamu air mancur. saya ada juga buat research kat tenet pasal jamu air mancur ni tapi macam tak banyak sangat info dia. yang paling popular saya tengok kat tenet tu (based on experience orang lain) :
  1. Nona Roguy
  2. Leesa 
  3. Amway
  4. HPA
  5. Ammy60 Sendayu Tinggi 
Ini yang saya dapat dari internet la ehehe erm skang ni tak tau lagi nak beli mana satu. nak tunggu my ma datang kk baru la nak decide. suru dia tgk2 kan ehehe tapi Minyak Herbanika dari NR saya dah beli dah satu botol yeye dah sampai pun. yang ni memang rata-rata baca kat forum semua memang dorang puas hati. sapu kat pad, kat badan atau pun untuk mengurut. ble aja. harap2 bagus la minyak tu. 
ok lah setakat ni je lah celoteh saya buat masa ni. nanti kita sambung ye. rasa penat pula maklumlah dah masuk 36 minggu dah.




Thursday, September 23, 2010

33 minggu...

akhirnya ada juga kesempatan aku menulis blog yang telah lama aku tinggalkan. memang bz gila2 sepanjang jun dan julai hari tu. sibuk mengurus data kemasukan pelajar-pelajar baru UMS. ogos pula time puasa. tak hengat langsung la mau menulis blog. so now september bz lagi beraya situ sana sini. perut memboyot senak makan segala macam time open house. melompat girang baby ku ehehe. tapi tu la memang target mau tambahkan berat badan ku ini untuk persediaan melahirkan nanti. syukur la dah naik 1.5 kg yihaaa. ok so ni mau story sikit pasal perkembangan kandungan aku. hari ni tetiba teringat pasal blog. tak da keja la tu hihi.

hari ni aku masuk 33 minggu 4 hari mengikut dr helen, doktor yang bakal menyambut kelahiran baby ku ini ehehe insya Allah. erm kali ni berat badan menaik sedikit seperti mana aku dah gtau kat atas tadi yey! then air kencing pun ok. begitu juga dengan tekanan darah aku. maintain jek.

syukur alhamdulillah

kemudian dr helen suruh aku baring untuk scan baby tengok perkembangan segala macam la hehe. memula sekali ukur kepala dia. kemudian ukur abdomen dia. pastuh ukur pla panjang kaki dia. last sekali dengar degupan jantung dia. masya Allah baby aku membesar dengan sihat la. everything is ok menurut dr helen. lega hati ni. ye la semua orang keliling kalau jumpa aku mesti cakap keciknya perut ko alahai..... dah maknya kecik baby kat dalam kecik la. eheeh come la tuh ;p yang penting baby sihat dan membesar dengan sihat. dr helen ada kata yang baby aku paling maksimum berat untuk bersalin normal adalah 2.8kg kalau tak operate la jawabnya. aku nak bersalin normal weh. cukup la 2.5kg berat baby ku. harap-haraplah ehehe insya Allah. korang doakan lah yer baby tak susah sangat nak keluar. maklumlah maknya ni kecik jer orangnya. ehehe 

ok balik kepada cerita kita tadi, due date saya 6 november 2010 tapi kat scan EDD tu tulis 28 november 2010. so aku tanya la kat dr helen. dia kata kena ikut yang 6 november tu sebab itu kiraan yang sebenar sebab scan ni dia ikut average tak kira saiz mak nyer ehehe. senang hati den. bukan apa cuti tinggal 10 hari ja lagi. ble la prepare nak cuti bila kan. sekarang ni pun tengah buat senarai tugas untuk diberi kepada pemangku tugas semasa cuti bersalin nanti. kalau boleh nak selesaikan semua benda sebelum bersalin so nanti orang yang memangku tak lah menanggung bebannya. 

ok lah sampai sini sahaja lah ya story kita
kat bawah ni gambar buku kesihatan sepanjang mengandung eheh saja nak tunjuk kad tu dah penuh.


mintak mahap la byk2 kalau gambar tak jelas. nanti amek yang jelas baru upload balik k.


yang ni plak gambar baby comel aku jumpa kat web dengan harapan baby aku akan secomel ini hehe comel kan boleh ke baby aku rupa macam ni ;p

Thursday, June 03, 2010

:::Kecintaanku:::


Saat aku tertawa diatas semua

Saat aku menangisi kesedihanku

Aku ingin engkau selalu ada

Aku ingin engkau aku kenang

Selama aku masih bisa bernafas

Masih sanggup berjalan 

kukan slalu memujamu

Meski ku tak tahu lagi engkau ada dimana

Dengarkanlah aku kumerindukanmu

Saat aku mencoba merubah segalanya

Saat aku meratapi kekalahanku

Aku ingin engkau selalu ada

Aku ingin engkau aku kenang

 

Pengalaman "PIKNIK" di Labuan my h.O.M.e

Salam all...

ok kali ni nak cita pasal aritu masa piknik kat labuan
best giler
piknik bukan sebarang piknik tau
nak gi tempat piknik siap naik perahu lagi wah wah kemain piknik eheh
dah la perahu babah a.k.a ayah ku (bagi yang tidak tahu panggilan babah) tu cat warna TV3
ala-ala perahu nasional gitu ehehe
nasip tak bawa video camera kalau tak memang confirm

so nak cita la ni tempat piknik best
ada pohon rimbun then ada kayu2 suma tempat duduk2 tempat bakar2 ikan dan ayam
pastu kaum2 bapa sampai2 jer terus pegi mancing gi
yer la piknik bukan piknik la namanya kan kalau tak ada benda nak di makan ehehe
lama jugak tau dorang mancing
kitorang kaum2 pompuan buat la apa yang patut yer
potong2 buah ker susun2 gelas ker
makan2 kek ker
hahahaah
makan ajer keje nyer


tapi memang best la piknik aritu
tengah2 tunggu dorang mancing tu
kitorang sebenarnya ada bawa ikan dari rumah yang siap disiang
tinggal nak bagi rempah ajer ehehe
rempah tu pulak makcik yang buat
fuhhh memang superb terangkat dan diangkat hahahaha
memang sedap hubby pun puji sangat rempah untuk salai ikan tu
tapi tak heran la makcik saya tu memang orang catering
biasa ngan benda2 macam nih
kitorang memang biasa dah ngan masakan2 sedap
cewahhh punya la hampehhhhhhhhh hihi
thank you ngah Hajah =)
memang sedap gilosssss


ok then hubby saya n sedara2 yang lain mula la membakar dan membakar hingga la terbakar ehehe
then dah ok semua tempat salai telah pun dibina
mula la menyalai ikan kat atas tuh
ehehe hurm problem lagi
tak der penyepit rupanya huh haru jugak ni tak der penyepit
lantas makcik saya yang terer masak tu menebas apa yang patut di sekeliling hutan tu
potong sana potong sini
hiris sana hiris sini
last sekali bengkok kan kat tengah2 tu
taraaaaaaa terhasillah penyepit yang unik lagi kreatif
yang mungkin boleh dijual di pasar tani labuan hahahahaha


ala sori la tak der gambar pla nak tunjuk berapa kreatifnya makcik ku ini eheh
kaum2 bapa ni mana la
ntah dapat ntah tidak
then tak lama satu pakcik ni dah balik dah wah dapat satu ekor sotong besar pula tu
memang best la dapat makan sotong fresh2
sedap , hitam dan manis ehehe
habis semua hitam gigi hahaahahahh
macam EMO pun ada jugak
dah macam my chemical romance rupa gigi
termasuk la makcik2 ehehe
lawak gilossss

hurm pastu kaum bapa2 yang satu perahu lagi sudah sampai
termasuk babah aku la tu ehehe
yeyeyeye dapat lagi ikan
alhamdulillah
rezeki rezeki rezeki
kitorang pun terus salai dan makan nyam nyam nyamm

ok selepas sesi makan salai makan dan makan lagi
terus kitorang pun meneruskan aktiviti mandi manda di pantai yang indah hahaha
ni part yang best ni
lama giloss nda mandi di pantai ni
mandi di swimming pool lain la cita kan hahahahah
erm semangat gila neh mandi
mau belajar berenang la kononnya ehehe
sekali masuk ja dalam air mau buat aksi kuak lentang la kupu2 la
hubby jerit "ada balung!" (obor-obor yer)
dia dengan sepantas kilat pergi ker tebing
aku yang sebelah dia ni terkejut gila
terus kejar tapi dalam aksi slow motion
gilooo weh dalam air mana ble laju lari hahahaha
huh penat ni lari then baru la sampai di tebing pantai
tgk kaki hubby penuh ngan pasir
time tu tak nampak lagi merah2 bekas balung tu
aku pun dengan semangat menolong hubby letak pasir la apa la
then terus teringat kawan sedara yang ada ikut sekali piknik tu rekemen kan satu daun tu
daun balung ke apa ntah nama dia tu
terus ambik daun tu sapu kat kaki dia hahaha dengan penuh konfiden nyer
sekali dia datang. "eh salah tu bukan daun dia, kat batang dia tu"
hahahahahha silap rupanya
pk kat daun gaya dah la macam bobohizan hahahaha
erm sian hubby dah la dia masa kecik dulu pernah kena balung api
lagi dasyat
mungkin dia darah dia ni ada penarik kot kat balung2 di pantai sabah ni cewahhhh
sampai macam tu sekali
hurm lepas kejadian tu rasa macam takut pla nak mandi laut lepas tu
yer la semua makcik n pakcik yang mandi pun cakap banyak sangat balung
yang dorang tangkap pun dah dalam 10 ekor
huh bayangkan ...

tak tak apa la esoknya kitorang planning mau mandi di swimming pool manikar labuan
haaa yang tu gerenti tak ada balung tu
senang sket mau belajar berenang kan kan kan

anywayyy~~
pengalaman piknik baru2 ni memang best
dah la time2 pregnant ni
naik perahu pla tu
hehehe nasip tak mabuk laut
baby pun ikut happy kan baby baby baby
hubby pun dah ok bekas sengatan balung tu
merah2 dia dah kurang dah ehehe

syukur...

Wednesday, May 26, 2010

bestnya scan baby hari ni terharu betol la


tadi tengahari time lunch kepala rasa pening yang teramat sangat sampai macam mau pengsan la huh sabar sabar 
then cakap ngan hubby 

"kita g klinik hari ni boleh? "

hubby cakap ok. yeye walaupun sebenarnya appointment esok tapi sebab macam tak tahan pening sangat kepala ni terus mau pegi klinik nak mengadu kat doktor la katakan ehehe 

ok so sebelum pegi cek klinik tu masi pening lagi n perut pla tetiba macam minta diisi so apa lagi ajak hubby makan dulu ehhe lagipun dekat klinik tu ada satu restoran yang jual soto sedap boleh tahan la ehehe tak la mengalahkan soto my mum superbb!! 
then rasa pening pun kurang haihhh ini lapar ke ada kes lain ni huh pening pla memikirkannya ehehe tak payah pikir la yang penting nak pegi klinik ne jumpa doktor 

so macam besa isi borang panel UMS pastu ambik nombor  1012 cewah siap bagitau lagi ngada tau eheh 
pastu timbang berat yes!! berat naik la 1kg dari yang lepas syukur alhamdulillah demi baby tersayang heh pastu kena cek tekanan darah yey lagi normal! best la hari ni 

pastu bunyi "ding"  hehe giliran aku seh
so masuk la aku ngan hubby. doktor cakap kat aku,
"hanaz, masuk. berat kamu ni masi kurang la hanaz kamu kena banyak makan tau"

hurm dalam hati "ok la tu dari sebelum ni turun 1kg" tak per la dengar je la kan doktor mesti la bagi nasihat kan betul tak ? ehehe hubby diam ajer 

ni part yang best.

"hari ni kita scan la perut kamu tu hanaz. masuk dalam"

aku pun masuk dalam ngan hubby. then kena baring kat katil ehehe act dah pernah scan dah masa 7 minggu hari tu tapi time tu tak nampak sangat masi kecik lagi kecik sangat
ehehe hurm nervous sebenarnya nak scan ni yer la mana la tau ada apa-apa kat baby ni kan

Bismillahirahmanirrahim...

nurse tu pun letak tuala/selimut kat atas badan then suru aku buat sikit skirt tuh untuk bagi ruang kat atas perut untuk doktor scan baby. 

doktor datang terus letak cecair ntah apa nama dia ehehe selalu diguna untuk scan baby 
anda digalakkan meng'google' yer eheh
hubby tengah tak sabar tu nak tengok kat hujung ehehe 
aku senyum jer kat hubby
tetiba tgk hubby tersenyum lebar 
aku pun ikut senyum 
rupanya dia tgk baby tengah gerak aktif kat monitor huhuh
sedey tak dapat tgk tapi tgk muka hubby senyum lebar macam tu dah rasa lega dan happy sangat 
thanks hubby 
its mean my baby is normal n healthy
masa doktor cakap 
"ha tu pulak jantung baby tengah berdegup tu , pastu tu tangan dia kaki dia tengah bergerak-gerak
tu pula kepala dia"
hubby terus pegi depan monitor dekat doktor tu 
aku tgk jer hubby 
wakil untuk aku yang tak dapat melihat monitor tu huh doktor ni pun 
tak tau ker mama ni pun nak tengok baby dia hurmmm
tapi tak per la tengok hubby excited gila tgk pun dah cukup untuk mewakili rasa happy n terharu aku

Alhamdulillah...

Ya Allah rasa macam nak nangis pun ada 
dengar doktor cakap pun baby ok normal n aktif wah aktif nya baby ku 
tapi doktor cakap masa ni belum dapat rasa gerakan baby tu 
tak per la tunggu nanti ajer ehehe 
tak sabar tgu tendangan first baby
happpyyyyynyerrrrrr
woittttt ni dah melencong dah ok kembali ke cerita tadi
doktor tu bagi gambar yang di print 
act aku n hubby nak buat koleksi gambar baby masa dalam perut nak buat kenangan 
biasa la anak pertama excited ehehe 

selesai dah. syukur semua selamat. pastu duduk lagi depan meja doktor.
cek apa lagi nak ditanya ehehe 
aku tya ok ker keadaan baby ni sebab kedudukan dia melintang erm risau gak
doktor cakap dalam mgu macam ni baby masi kecil then kedudukan dia tak tentu sebab masi kecil 
doktor cakap bayangkan jer berat dia 100gm macam berat 2 batang pensil jer 
ehehe my lil baby how cute 

kuar dari bilik doktor. kitorang duduk kat kerusi tetamu.
hubby terus cakap

"wah bestnya tengok baby kita gerak-gerak"
"cantik la baby kita tu" 

"aktif la baby kita tu"

tangan dia gerak-gerak kaki dia pun gerak"

jantung dia yang gelap tu tadi berdegup-degup jantung dia"

wah hubby happy sangat ni yang best bawa hubby jumpa doktor ni ehehe 
yer la aku kan tak dapat tengok baby dalam monitor tadi 
nasip la dia citer dengan penuh gaya dan semangat pla tu ehehe 
sambil tunjuk kat gambar yang di print tadi ehehe 

ok sampai cni ajer la k cerita aku untuk kamoo...
bye 
 

3D movie shrek at SURIA KK

Semalam aku dan hubby tersayang pergi tengok SHREK 3D mode di GSC Suria ehehe
best giler!!!
hahaha maklumlah 1st time ada di sabah 
so cerita sket pasal pengalaman tengok 3d shrek ni huh best best best sangat 
rugi tak tengok wahai rakan-rakan sekalian 

awal-awal pengenalan yang time iklan tu dah terkejut dibuatnya hahah bayangkan hubby boleh tergelak kuat 
dia sorang pla tu yang gelak hahaha malu gilerrr 
apa la aku pun satu tu pun ble terkejut sian kat baby mama ni ehehe 
dah la spek ada sedikit ketidakselesaan (makoi panjang nya imbuhan kata haha) tu pun dah bagi saiz kecik dah
memang kepala aku ne kecik sangat hahaha tapi apa pun memang best 
ndak sia-sia bayar rm30 untuk dua orang. my hubby pun excited gila tengok nanti kita tengok lagi ya papa
:) 


gambar memakai spek 3D akan diupload kemudian. tungguuuuu...

Tuesday, May 25, 2010

Shopping Hour

Best giler shopping semalam. Memang lama uda plan mau shopping ehehe ada duit lebih so shopping la sket hihii

Item yang dibeli ialah : - Za Blusher
                                  - Majolica Brow Liner
                                  - Majolica Eyeliner
                                  - SimplySiti Lip Gloss Glitz besh2!
                                  - Cotton Bud (stok dah abis la huh)
                                  - Mentos Chewing Gum (untuk kurangkan loya :p)
                                  - Stokin Husband pun termasuk gak ehehe 


Tempat kejadian      : Watson (1 Borneo)

Antara semua produk saya paling suka kosmetik simplysiti dan juga majolica brow liner tuh memang best lah tapi actually belum pakai pun. tadi pagi kelam kabut bangun huh lambat pla bangun pg keja hari ni penat sangat bershopping sakan semalam huh tapi sayang la tak dak gambar kan hurm tak pa nanti saya upload k mmuahhh muahhh

Back to blogging!

Salam,


Kembali memblogging hurm skang ni tengah excited sebab tgh preggy 3 bulan lebih ehehe hurm nda sabar mau tgu first kick from my baby ehehe insya Allah semua sihat sejahtera.


Erm so sempena kembali memblogging ini saya akan menyenaraikan apa yang saya ingin buat di blog saya ini ehehe


1. kasi cantik blog

2. mau rajin2 ambil gambar ehehe so kena simpan camera digital selalu dalam beg

3. mau selalu update

4. mau buat online shopping sikit2 byk baju beli ja tapi nda guna pun

5. mau erm eh tukar la asyik perkataan mau jak ehehe post blog saya d facebook :p

itu ja la 5 benda mau buat simple jek kan ehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...