Friday, June 08, 2012

5 minit entri Perihal Ustaz Don Daniyal di blog Hanazku

Fuh
bukan main panjang lagi kan 
tajuk entri ku kali ini
kalah Propa hihi

Ok la
kali ni saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan
ustaz idola masyarakat kini
siapa lagi kalau bukan 
Ustaz Don Daniyal
:)

tengok tuh 
senyum bukan main panjang 
kalau sebut pasal ustaz Don
maklumlah
muda lagi
tambahan kacak pula
ditambah dengan 
sifat warak beliau
kan kan kan

ok first aku tau pasal 
ustaz don nih masa 
nampak video
dekat facebook / blog seseorang tak silap
lupa pulak
almaklumlah 
umur bukan muda sangat ponnn
muka ajer yang nampak muda
*perasan lagi

ok balik ke cerita asal
tajuk video tuh pasal
ceramah
Anak asset ke syurga
fuh mengalir laju-laju
airmata ku ini
berkesan sungguh ceramah 
ustaz don. 

dari situ lah 
aku follow ceramah ustaz don.
carik di youtube
carik di tv alhijrah
carik dekat facebook
carik dekat rumah
ehh 
tak da lah sampai carik dekat rumah 
ehehe 
maafkan saya *tiru stail zizan

dari apa yang saya lihat 
ustaz don ni 
begitu merendah diri
walaupun dia kiranya telah menjadi idola kepada masyarakat
khususnya remaja
lagi pula penyampaian ceramah beliau 
sungguh sempoi
dan senang di faham
bak kata orang 
memang berkesan lah

tengok saja ceramah beliau d tv al hijrah
dengan bersungguh-sungguh 
dia demo bagaimana cara yang betul untuk sujud, ruku' dan sebagainya
memang beruntung kedua ibu bapanya 
harap-harap anak aku pun macam ustaz don jugak nanti 
kan baby izz
amin...
:)

Salah satu adegan yang bagi aku amat tersentuh hati
adalah di mana dalam tv alhijrah
ustaz don memberi ceramah di suatu karnival
masa penghujung rancangan tuh
ramai yang ingin bersalam dengan ustaz don
kecuali perempuan dewasa lah
yang dikira bukan muhrim
ustaz don turun ke bawah untuk bersalam dengan orang ramai
ada satu part tuh 
dia salam dengan budak-budak
dia pegang dan cium tangan budak tuh

tersentuh hati ku sebagai ibu
ingat dengan sunnah Rasulullah S.A.W
yang sangat kasihkan budak-budak
itu lah sifat ustaz don yang sangat aku kagumi
tau la zaman sekarang nih
selalu berlaku kejahatan pada budak-budak 
bukan lelaki sahaja wanita pun sama
tapi aku tidak mahu cerita pasal tuh
rosak mood saja

entri nih pasal ustaz don saja hokeyyy

kalau korang nak tahu biodata ustaz don pun saya dah tanya incik google ehehe

BIODATA USTAZ DON DANIYAL
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir: 
14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang (Kalau lepas nie dah kahwin...kira kahwin la tu... berubah mengikut perkembangan..hehe)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don: 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)

Credit to 


entri nih pasal ustaz don saja hokeyyy
lepas biodata kita cerita pasal didikan keluarga ustaz don pulak
daripada apa yang aku kaji
ceh siap buat research lagik tuh ehehe
biasalah mr google kan ader

daripada apa yang aku baca
bapa dia pembantu makmal
manakala
ibunya pula kerani
tapi ada kisah menarik masa ibubapanya
membesarkan ustaz don

masa ustaz don kecil 
emaknya berhenti kerja 
semata-mata untuk menjaga dan menyusukannya 
sehingga umur dua tahun
seperti yang diperintahkan Allah S.W.T
erm baby izz genap setahun jer susu badan
insya Allah anak kedua nanti genap dua tahun
amin
ok balik pada cerita asal
sambung dekat mana ya
ok
lebih menarik lagi
tiap kali ustaz don menangis malam ingin minum susu
bapanya turut serta membancuh susu
sementara menunggu ibunya menyusukannya
semasa menyusukannya pula
bapanya tidak membenarkan isterinya menyusukan 
sambil baring
sebaliknya bapanya akan menyuruh ibunya
bersandar ke belakang badannya 
bagi memastikan keselesaan ibunya

so sweet okeyyyy
parent ustaz don nih
patut lah dapat anak soleh macam ustaz don
perkara-perkara sedemikian amat dititikberat
great parent!
aren't they?

untuk banyak cerita menarik boleh lihat dekat artikel oleh harian metro di bawah nih k

jom lihat wajah-wajah ustaz don daniyal

cekidaut!








dah abes dah
bubyee 
:)










1 orang jalan-jalan di blog:

Nurul Says said...

ni barulah peminat..nnt kasi pki ank serban aa mst comel tuh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...